It's been very very long. Now, this is FILTER. Something I did awhile ago. Enjoy.
Baru-baru ini saintis Malaysia Berjaya
mencipta sebuah filter yang khabarnya
dapat menukarkan keadaan atmosfera yang berdebu jerebu ini kepada udara yang
segar, sesegar ladang. Malah ianya sebuah piece
of equipment yang ringkas, ringan dan mampu milik. Khabarnya lagi, mesin filter itu mampu mengatasi masalah
pencemaran udara yang telah membelenggu negara ini selama lebih seratus tahun
dalam masa beberapa bulan. Itu khabar yang didengarinya sahaja. Dia kurang
percaya walaupun yakin dengan keupayaan saintis negaranya sendiri, seyakinnya
dia dengan wawasan 2090 yang hampir saja berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Haze
punya keluarga. Seorang isteri dan dua orang anak. Sebuah kemewahan di duni a
yang kian ditenggelami air akibat kekhilafan manusia-manusia silam. Semenanjung
Malaysia kekal di peta hanyalah disebabkan berlakunya satu gegaran kecil yang
menyebabkan plat platonik di selat Melaka terangkat ke atas, meninggikan tanah
bumi ini. Namun, sebahagian kecil negara ini telah ditenggelami. Dan pakar
meramalkan kemungkinan Malaysia ditenggelami secara keseluruhannya dalam 70 tahun lagi sekiranya tiada langkah diambil
untuk menghentikan pencairan ais di kutub secara drastik.
Haze
cuba sedaya-upayanya untuk mengamalkan setiap ‘langkah hijau’ yang disarankan
kerajaan. Dia dan keluarganya yang kecil itu merupakan salah seorang penghuni bubble dome Kuala Lumpur, iaitu antara bubble dome ter’hijau’ dalam negara.
Populasi bubble dome Kuala Lumpur hanyalah seramai 15,985 orang. Kebanyakannya
merupakan pakar-pakar dalam bidang mekanikal, elektrikal dan binaan. Haze salah
seorang daripadanya. Dan atas sebab itulah dia mampu untuk membeli salah satu filter yang dikatakan mampu menghapuskan
pencemaran itu. Isterinya yang beria memujuk. Untuk masa depan anak-anak,
katanya. Supaya satu hari nanti, mereka boleh keluar dari bubble dome tanpa perlu
memakai sut perlindungan atau terdedah pada IPU(Indeks Pencemaran Udara)
setinggi 324 di dalam dome dan 571 di
luar dome. Supaya mereka boleh merasa
angin segar di kulit, merasa nikmatnya mentari di muka dan merasa lembut rumput
di kaki. Haze terbayangkan masa silam nenek-moyangnya. Masa silam indah buat
mereka yang mungkin boleh jadi masa depan gemilang untuk anak-cucu mereka.
Malam
itu juga dia keluar membeli lantas menyiapkan segala installation yang perlu.
Sure enough seperti yang dikhabarkan.
Penyukat IPU di luar rumahnya menunjukkan penurunan, meski ianya sedikit namun
cukup menggembirakan hati. Haze menggengam erat tangan isterinya. Harapan
berbunga dan disirami. Malam itu mereka masuk tidur dengan senyuman lebar di
muka masing-masing. Senyuman yang mengelirukan kedua anaknya yang masih kecil.
Senyuman yang penuh sejuta makna.
Bagaimanapun,
cerita filter tidak habis di situ.
Beberapa bulan kemudian, Haze mendengar khabar lagi. Syarikat pengeluar filter ini sebuah syarikat bumiputera
yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengeluarkan filter berkualiti dan mematuhi piawaian yang
ditetapkan saintis-saintis penciptanya. Ia satu-satunya syarikat yang mendapat
kebenaran mengeluarkan filter. Dan satu-satunya yang ada blueprint filter
tersebut, selain saintis-saintis penciptanya. Filter-filter tersebut terjual denga sangat pantas setiap kali satu
batch baru dikeluarkan di pasaran. Lalu syarikat ini
berkembang pesat, hingga menimbulkan iri hati syarikat-syarikat lain. Pada
tahun 2074 ini, duit dan nafsu masih mampu memonopoli manusia.
Kerananya,
seorang pekerja syarikat filter telah melarikan blueprint filter dan menjualkan cetakan demi cetakannya ke pasaran
gelap sebelum polis sempat menangkapnya. Peniaga-peniaga filter baru muncul, dengan liciknya memodifikasi sedikit reka
bentuk mahupun kelengkapan di dalamnya untuk mengelak dari disaman atas dasar
hak cipta. Terlepaslah mereka dari cengkaman undang-undang manusia yang banyak loop holes.
Banyak
filter tiruan yang muncul di pasaran
umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Dan menariknya, harga mereka jauh lebih
murah dari yang asal. Haze ada juga
membelek-beleknya atas dasar ingin tahu. Buatannya teruk. Coolant yang digunakan tidak sempurna, ada timer yang mengehadkan jangka hayat produk, dan beribu lagi
ketidaksempurnaan yang wujud di dalam produk-produk tiruan, sama banyak celanya
dengan variasi produk tiruan yang ada di pasaran. Namun ramai saja yang
membelinya tanpa menghiraukan amaran kerajaan.
Apa
sajalah sangat yang mampu kerajaan lakukan? Kerajaan campuran kini tidak begitu
dihiraukan masyarakat. Haze sendiri kurang yakin dengan keboleh upayaan mereka
memimpin. Masakan tidak, masing-masing bercakar sesama sendiri. Katakanlah yang
dari pihak kerajaan asal mahu membina jambatan, pembangkang yang baru join kerajaan akan bersungguh-sungguh
menggunakan segala kuasa yang ada untuk menggagalkan atau sekurang-kurangnya
melambatkan proses pembuatan jambatan itu. Begitulah seterusnya. Projek bubble dome yang kritikal pun
dilaksanakan oleh sebahagian kerajaan campuran saja. Menanti
persetujuan semua bermakna membunuh majoriti rakyat Malaysia.
Kematian
adalah apa yang ada dalam minda Haze sekarang. Dia berpendapat, jika penjualan
dan pembelian filter tiruan ini diteruskan, akan ada kematian dalam
kalangan mereka. Dan tepat ramalannya, kerana pada petang itu juga, ketika dia
bersantai bersama keluarga sambil menonton pancaran hologram stesen televisyen,
keluarlah berita mengenai kematian berkaitan filter tiruan. Terasnya tidak stabil menyebabkan berlakunya letupan
kecil. Pemilik filter tiruan yang
malang itu sedang membetulkannya apabila ianya tiba-tiba meletup di mukanya,
begitulah yang dikatakan pembaca berita. Bibirnya yang beroles gincu merah
menguntumkan senyuman ketika membaca berita tersebut. Seolah dia membacakan
berita gembira. Lama Haze renung pancaran hologram itu sehinggalah dia
dikejutkan dari lamunan dengan sebuah cubitan manja dari isterinya. Kematian
akibat filter tiruan itu
berlegar-legar dalam minda Haze dan masuk bersama dalam tidurnya.
Amaran
tentang bahaya filter tiruan
diperhebat. Namun ramai yang masih skeptikal. Propaganda kerajaan, kata mereka.
Lagipun, baru sekali ianya berlaku. Mungkin itu isolated case. Maka ada sahaja filter
tiruan yang terjual meski kerajaan mula merampas filter-filter ini. Lebih memburukkan keadaan, ada filter
tiruan yang berjaya diseludup ke luar negara.
Usaha
pembasmian dan penukaran filter tiruan mula dipergiat pelbagai
pihak apabila lebih banyak kes malfunction
filter tiruan direkodkan. Ada antara filter
tiruan ini memburukkan lagi jerebu instead of memulihkan udara seperti yang
sepatutnya. Dan filter-filter tiruan
makin beranak pinak di luar negara. Promosi dan iklan filter tiruan sama naik dengan kes kemalangan dan kecelakaan yang
berpunca darinya.
Akhirnya,
saintis-saintis pencipta filter dipersalahkan.
Haze membaca di blog bahawa mereka telah disembunyikan kerajaan apabila ada golongan
extermis yang membuat cubaan menangkap dan membunuh saintis- saintis tersebut.
Tiada siapa yang sanggup membeli filter lagi
kerana takut terbeli filter yang
diciplak. IPU di dalam bubble dome
yang pada mulanya turun menjadi 250 kini meningkat ke 452. Keadaan di luar jauh
lebih teruk, IPU meningkat menjadi 632. Filter
di rumahnya Haze biarkan terpasang. Setiap kali melihatnya dia akan
terbayangkan kemungkinan pencemaran ini pulih. Dan kemudian dia akan merenung
wajah isterinya yang senyuman kian hambar dengan setiap peningkatan IPU.
Harapan. Hampa.