Friday, October 7, 2011

Antara bahagia dan merdeka

Kebahagiaanku dan kemerdekaanku adalah sama - tidak secara total tetapi tiada pula tersekat dan terpenjara.

kebahagiaan bagiku seperti makan roti bakar disapu kaya di pagi hari, kemerdekaan bagiku pula adalah berlari berkaki ayam bersama jiwa yang ringan.

Complexity tidak membunuh aku, keringkasan tidak membantutkan aku.

Kerana aku ada kemerdekaan dan kebahagiaan bersamaku.
Dan kerana aku bahagia dengan kemerdekaanku dan merdeka dengan kebahagiaanku.

2 comments:

syedi said...

bahagia rasa klo dapat smua yg kita inginkn....bebas rasa tampa ada sekatan smasa melakukan ssuatu..he2

musang_pawaka said...

betul tu betul...tapi dalam kebebasan itu ada sekatan...mana wujud sesuatu yg digelar kebebasan total...