Saturday, August 16, 2014

Filter

It's been very very long. Now, this is FILTER. Something I did awhile ago. Enjoy.  

              Baru-baru ini saintis Malaysia Berjaya mencipta sebuah filter yang khabarnya dapat menukarkan keadaan atmosfera yang berdebu jerebu ini kepada udara yang segar, sesegar ladang. Malah ianya sebuah piece of equipment yang ringkas, ringan dan mampu milik. Khabarnya lagi, mesin filter itu mampu mengatasi masalah pencemaran udara yang telah membelenggu negara ini selama lebih seratus tahun dalam masa beberapa bulan. Itu khabar yang didengarinya sahaja. Dia kurang percaya walaupun yakin dengan keupayaan saintis negaranya sendiri, seyakinnya dia dengan wawasan 2090 yang hampir saja berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
                Haze punya keluarga. Seorang isteri dan dua orang anak. Sebuah kemewahan di duni a yang kian ditenggelami air akibat kekhilafan manusia-manusia silam. Semenanjung Malaysia kekal di peta hanyalah disebabkan berlakunya satu gegaran kecil yang menyebabkan plat platonik di selat Melaka terangkat ke atas, meninggikan tanah bumi ini. Namun, sebahagian kecil negara ini telah ditenggelami. Dan pakar meramalkan kemungkinan Malaysia ditenggelami secara keseluruhannya dalam  70 tahun lagi sekiranya tiada langkah diambil untuk menghentikan pencairan ais di kutub secara drastik.
                Haze cuba sedaya-upayanya untuk mengamalkan setiap ‘langkah hijau’ yang disarankan kerajaan. Dia dan keluarganya yang kecil itu merupakan salah seorang penghuni bubble dome Kuala Lumpur, iaitu antara bubble dome ter’hijau’ dalam negara. Populasi bubble dome  Kuala Lumpur hanyalah seramai 15,985 orang. Kebanyakannya merupakan pakar-pakar dalam bidang mekanikal, elektrikal dan binaan. Haze salah seorang daripadanya. Dan atas sebab itulah dia mampu untuk membeli salah satu filter yang dikatakan mampu menghapuskan pencemaran itu. Isterinya yang beria memujuk. Untuk masa depan anak-anak, katanya. Supaya satu hari nanti, mereka boleh keluar dari bubble dome  tanpa perlu memakai sut perlindungan atau terdedah pada IPU(Indeks Pencemaran Udara) setinggi 324 di dalam dome dan 571 di luar dome. Supaya mereka boleh merasa angin segar di kulit, merasa nikmatnya mentari di muka dan merasa lembut rumput di kaki. Haze terbayangkan masa silam nenek-moyangnya. Masa silam indah buat mereka yang mungkin boleh jadi masa depan gemilang untuk anak-cucu mereka.
                Malam itu juga dia keluar membeli lantas menyiapkan segala installation yang perlu.
                Sure enough seperti yang dikhabarkan. Penyukat IPU di luar rumahnya menunjukkan penurunan, meski ianya sedikit namun cukup menggembirakan hati. Haze menggengam erat tangan isterinya. Harapan berbunga dan disirami. Malam itu mereka masuk tidur dengan senyuman lebar di muka masing-masing. Senyuman yang mengelirukan kedua anaknya yang masih kecil. Senyuman yang penuh sejuta makna.
                Bagaimanapun, cerita filter tidak habis di situ. Beberapa bulan kemudian, Haze mendengar khabar lagi. Syarikat pengeluar filter ini sebuah syarikat bumiputera yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk mengeluarkan filter  berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan saintis-saintis penciptanya. Ia satu-satunya syarikat yang mendapat kebenaran mengeluarkan filter.  Dan satu-satunya yang ada blueprint filter tersebut, selain saintis-saintis penciptanya. Filter-filter tersebut terjual denga sangat pantas setiap kali satu batch  baru dikeluarkan di pasaran. Lalu syarikat ini berkembang pesat, hingga menimbulkan iri hati syarikat-syarikat lain. Pada tahun 2074 ini, duit dan nafsu masih mampu memonopoli manusia.
                Kerananya, seorang pekerja syarikat filter  telah melarikan blueprint filter dan menjualkan cetakan demi cetakannya ke pasaran gelap sebelum polis sempat menangkapnya. Peniaga-peniaga filter baru muncul, dengan liciknya memodifikasi sedikit reka bentuk mahupun kelengkapan di dalamnya untuk mengelak dari disaman atas dasar hak cipta. Terlepaslah mereka dari cengkaman undang-undang manusia yang banyak loop holes.
                Banyak filter tiruan yang muncul di pasaran umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Dan menariknya, harga mereka jauh lebih murah dari yang asal. Haze ada juga membelek-beleknya atas dasar ingin tahu. Buatannya teruk. Coolant yang digunakan tidak sempurna, ada timer yang mengehadkan jangka hayat produk, dan beribu lagi ketidaksempurnaan yang wujud di dalam produk-produk tiruan, sama banyak celanya dengan variasi produk tiruan yang ada di pasaran. Namun ramai saja yang membelinya tanpa menghiraukan amaran kerajaan.
                Apa sajalah sangat yang mampu kerajaan lakukan? Kerajaan campuran kini tidak begitu dihiraukan masyarakat. Haze sendiri kurang yakin dengan keboleh upayaan mereka memimpin. Masakan tidak, masing-masing bercakar sesama sendiri. Katakanlah yang dari pihak kerajaan asal mahu membina jambatan, pembangkang yang baru join kerajaan akan bersungguh-sungguh menggunakan segala kuasa yang ada untuk menggagalkan atau sekurang-kurangnya melambatkan proses pembuatan jambatan itu. Begitulah seterusnya. Projek bubble dome yang kritikal pun dilaksanakan oleh sebahagian  kerajaan campuran saja. Menanti persetujuan semua bermakna membunuh majoriti rakyat Malaysia.
                Kematian adalah apa yang ada dalam minda Haze sekarang. Dia berpendapat, jika penjualan dan pembelian filter  tiruan ini diteruskan, akan ada kematian dalam kalangan mereka. Dan tepat ramalannya, kerana pada petang itu juga, ketika dia bersantai bersama keluarga sambil menonton pancaran hologram stesen televisyen, keluarlah berita mengenai kematian berkaitan filter tiruan. Terasnya tidak stabil menyebabkan berlakunya letupan kecil. Pemilik filter tiruan yang malang itu sedang membetulkannya apabila ianya tiba-tiba meletup di mukanya, begitulah yang dikatakan pembaca berita. Bibirnya yang beroles gincu merah menguntumkan senyuman ketika membaca berita tersebut. Seolah dia membacakan berita gembira. Lama Haze renung pancaran hologram itu sehinggalah dia dikejutkan dari lamunan dengan sebuah cubitan manja dari isterinya. Kematian akibat filter tiruan itu berlegar-legar dalam minda Haze dan masuk bersama dalam tidurnya.
                Amaran tentang bahaya filter tiruan diperhebat. Namun ramai yang masih skeptikal. Propaganda kerajaan, kata mereka. Lagipun, baru sekali ianya berlaku. Mungkin itu isolated case. Maka ada sahaja filter tiruan yang terjual meski kerajaan mula merampas filter-filter ini. Lebih memburukkan keadaan, ada  filter tiruan yang berjaya diseludup ke luar negara.
                Usaha pembasmian  dan penukaran filter tiruan mula dipergiat pelbagai pihak apabila lebih banyak kes malfunction filter tiruan direkodkan. Ada antara filter tiruan ini memburukkan lagi jerebu instead of memulihkan udara seperti yang sepatutnya. Dan filter-filter tiruan makin beranak pinak di luar negara. Promosi dan iklan filter tiruan sama naik dengan kes kemalangan dan kecelakaan yang berpunca darinya.

                Akhirnya, saintis-saintis pencipta filter dipersalahkan. Haze membaca di blog bahawa mereka telah disembunyikan kerajaan apabila ada golongan extermis yang membuat cubaan menangkap dan membunuh saintis- saintis tersebut. Tiada siapa yang sanggup membeli filter lagi kerana takut terbeli filter yang diciplak. IPU di dalam bubble dome yang pada mulanya turun menjadi 250 kini meningkat ke 452. Keadaan di luar jauh lebih teruk, IPU meningkat menjadi 632. Filter di rumahnya Haze biarkan terpasang. Setiap kali melihatnya dia akan terbayangkan kemungkinan pencemaran ini pulih. Dan kemudian dia akan merenung wajah isterinya yang senyuman kian hambar dengan setiap peningkatan IPU. Harapan. Hampa.