Friday, June 26, 2009

SenDIri


Adapun hamba ini cuma makhluk tuhan yang masih mentah dalam mengenal erti kehidupan.Cuma hamba ingin menulis dan membuat luahan rasa(jika boleh) dengan harapan akan terhapus sedikit sebanyak bebanan hati.

Bila difikirkan kembali,dalam misi mencari identiti yang masih berlanjutan ini,hamba ada membuat beberapa perhentian.Kali ini adalah yang ke 3. Lebih baik didiamkan sahaja kisah persinggahan yang lain.Masa masih belum sesuai untuk hamba mengatakan apa-apa mengenainya.

Harapan yang tersemat dalam hati hamba hanyalah 1,iaitu moga apa-apa (yang bernas isinya)yang hamba coretkan di sini dapat memberi teladan dan renungan.Dan apa salahnya,kalau dijadikan buah fikiran?

Thursday, June 25, 2009

RUNsiNG....


Masalah dengan pelajaran memang cukup merunsingkan.Nampaknya kena (berusaha) lagi. +M memang telah menepati janjinya untuk menghantui hidupku 1 kali lagi...sekurang-kurangnya hingga tamat SPM.Tapi...macamana dengan Maths...setakat ini..well....she always got me into trouble but at least..ohh...kiranya keluhan aku ini takkan memberi apa-apa kesan...lagipun sekarang ini..dia merajuk dengan aku.
Apa pula ceritanya dengan Seni?Jarang sekali dia membebankan aku.Mungkin ada sesekali dia memberi tekanan kepadaku but then again...she's 1 of my hopes..to get at least 6 A's for SPM. BM pun..English juga...mereka pun pernah melukakan hatiku.Ah! mungkin ini salahku sendiri...yang kadang -kala tanpaku sedari telah meminggirkan mereka.Apa dayaku...seringkali aku alpa dalam mengejar dunia hingga mindaku lupa,merka juga punya hati dan perasaan yang perlu aku jaga.
Ikatan yang telah lama bertaut,yang pada mulanya berseri dengan bunga-bunga kemesraan dan cinta...kini terasa janggal.Kosong.Seksa.Seolah -olah ada sesuatu yang cuba memisahkan kami.Aku rasakan mereka seperti telah berubah sedangkan tanpa aku sedari...aku sendiri yang mengalami metamorfosis.