Saturday, August 1, 2009

GEN Pasca Merdeka

Menjadi generasi pasca merdeka ini kadangkala menjadikan aku seorang individu yang alpa dan leka. Mungkin juga mementingkan diri sendiri.

Tercetus juga rasa bersalah,tapi hati selalu akan menjadi raja.Kiranya aku ini belum begitu kronik,(katanya) Ada ramai lagi insan dalam kalangan generasi seangkatan aku yang....punya kemungkinan yang jauh lebih teruk.

Tapi aku ini manusia biasa,sama seprti orang lain juga...Cuma mungkin,bahana aku di besarkan dalam kedamaian dan angan-angan,lalu leka itu sudah sebati dan berdenyut bersama nadiku.

Satu yang kuharapkan,adalah masa.Masa untuk mengubah( jika tidak menghapus)sifat-sifat keji yang sedang merebak bagai barah dalam uratku.

No comments:

There was an error in this gadget