Friday, June 26, 2009

SenDIri


Adapun hamba ini cuma makhluk tuhan yang masih mentah dalam mengenal erti kehidupan.Cuma hamba ingin menulis dan membuat luahan rasa(jika boleh) dengan harapan akan terhapus sedikit sebanyak bebanan hati.

Bila difikirkan kembali,dalam misi mencari identiti yang masih berlanjutan ini,hamba ada membuat beberapa perhentian.Kali ini adalah yang ke 3. Lebih baik didiamkan sahaja kisah persinggahan yang lain.Masa masih belum sesuai untuk hamba mengatakan apa-apa mengenainya.

Harapan yang tersemat dalam hati hamba hanyalah 1,iaitu moga apa-apa (yang bernas isinya)yang hamba coretkan di sini dapat memberi teladan dan renungan.Dan apa salahnya,kalau dijadikan buah fikiran?

No comments: