Wednesday, July 15, 2009

Jika sesungguhnya aku derhaka

Derhakakah aku padamu
wahai bunga nusa yang ku gelar guru?
sedang pada kelopakmu yang selalu membelai,
aku palitkan rona2 dosa.

Angkara amarah(kataku sendiri)
tapi bukankah amarah itu
sekadar patung wayang kulit?
bukankah aku tok dalang di sebalik tirai?

Jadi ap benarnya semua itu
angkara amarah?
atau sememangnya aku ini
DERHAKA?!

Maafkan aku bunga bangsa yang ku gelar guru..
immaturenya aku dalam mengurus emosi sendiri
tertewas aku dalam gelora jiwa
tali ajaranmu terlepas dari genggaman

Maafkan aku bunga watan yang ku gelar guru
tinggalkan aku jika sesungguhnya aku DERHAKA
sesungguhnya tiada layak bagi tinta dosa
untuk terpalit pada kelopak sucimu
biarkan sahaja aku dalam limbah DERHAKA ini

Tak perlu tunggu hingga aku sedar sendiri
jika sesungguhnya aku ini ...derhaka padamu

No comments: