Saturday, January 2, 2010

New Year

Huuu.....Dengan kedatangan tahun baru 2010 Masihi dan tahun baru Hijrah 1431 ,juga tahun baru cina yang akan datang...membuatkan otak ligat berpusing mencari ilham baru dan cara baru untuk menangani masalah baru dalam kehidupan lama yang di beri nafas baru.
Resolusi??
Akan di kutip dan direka dalam hari-hari yang bakal tiba...
Setakat ini, cuma ada satu sahaja iaitu,untuk menjadi insan yang lebih baik!!
(hanya ada masa terhad untuk menjayakan resolusi yang sukar - 365 1\2 hari)

Saturday, October 17, 2009

Walang dan sedih....

Aduh....sakit jantung di buatnya....Lain yang di sasarkan tapi lain yang kena.Dapat nombor 3 untuk pertandingan menulis cerpen tema: perpaduan(rasanya). TERUKNYA!!!!

But what can we do...fate hath twine its spine on that occasion....

(Anggap sajalah ini sebagai ramblings of an....ungrateful human...

Friday, September 25, 2009

An affair

I'm afraid I'm stuck in an.... affair.This may be embarrassing to admit,(why in the first place I wrote about it, anyway?) but I need to say that I'm entangled and well.....I cheated in my......"past" relationship.I need to end this with a confession. I...I've an affair with...Exam...Aaargh...I know,I know I shouldn't but she's cute....and kind of tough at times.And..she's reliable,so ever willing to please and challange me.Exactly the zest I need in life right now.

Fun Lazybones,I...please accept my apologies.It's just...we need to move on.I'm sorry.Time will tell if you and I are fated to meet again.But for now.....please, forgive me.

Sunday, August 16, 2009

Saturday, August 1, 2009

GEN Pasca Merdeka

Menjadi generasi pasca merdeka ini kadangkala menjadikan aku seorang individu yang alpa dan leka. Mungkin juga mementingkan diri sendiri.

Tercetus juga rasa bersalah,tapi hati selalu akan menjadi raja.Kiranya aku ini belum begitu kronik,(katanya) Ada ramai lagi insan dalam kalangan generasi seangkatan aku yang....punya kemungkinan yang jauh lebih teruk.

Tapi aku ini manusia biasa,sama seprti orang lain juga...Cuma mungkin,bahana aku di besarkan dalam kedamaian dan angan-angan,lalu leka itu sudah sebati dan berdenyut bersama nadiku.

Satu yang kuharapkan,adalah masa.Masa untuk mengubah( jika tidak menghapus)sifat-sifat keji yang sedang merebak bagai barah dalam uratku.

Monday, July 27, 2009

Drama


Lebih kurang 1 bulan yang lepas,(23.6.09) group drama pergi perform di (SMJKC)Pei Yuan.Dalam perjalanan 2 nyaris sesat....sebab Pn. Firda & Mdm. Jasmine pandu laju sangat!!!! Kami ber4 yang ikut dalam van x dapat nak kejar!!! Nasib baik pak cik pemandu van 2 terer..kalu x mungkin kami dah menangis tepi jalan dah!Well, kumpulan kami kalah dengan SBPI & Sentosa, tapi x mengapalah,asalkan dapat mengutip mutiara pengalaman pun dah cukup bermakna.

THANK YOU PUAN FIRDAWATI BT BAHAROM FOR GIVING US THE CHANCE TO JOIN THE DRAMA TEAM!!!!!

Wednesday, July 15, 2009

Jika sesungguhnya aku derhaka

Derhakakah aku padamu
wahai bunga nusa yang ku gelar guru?
sedang pada kelopakmu yang selalu membelai,
aku palitkan rona2 dosa.

Angkara amarah(kataku sendiri)
tapi bukankah amarah itu
sekadar patung wayang kulit?
bukankah aku tok dalang di sebalik tirai?

Jadi ap benarnya semua itu
angkara amarah?
atau sememangnya aku ini
DERHAKA?!

Maafkan aku bunga bangsa yang ku gelar guru..
immaturenya aku dalam mengurus emosi sendiri
tertewas aku dalam gelora jiwa
tali ajaranmu terlepas dari genggaman

Maafkan aku bunga watan yang ku gelar guru
tinggalkan aku jika sesungguhnya aku DERHAKA
sesungguhnya tiada layak bagi tinta dosa
untuk terpalit pada kelopak sucimu
biarkan sahaja aku dalam limbah DERHAKA ini

Tak perlu tunggu hingga aku sedar sendiri
jika sesungguhnya aku ini ...derhaka padamu